Dalam hati ada taman....keh keh keh itu citer adnan sempit... takder kaitan dgn post yang aku nak letak nih..
Tadik mase aku tgh buat terperanjat katak sendri, sb aku terlupa nak check email office..ha tu laa dahh sebuk berfacebook...mampuihh aku nih... So ader satu email dari Assistant Director of Households & Prices Section, Department of Statistic Malaysia, Wilayah Persekutuan yang bagi satu iklan untuk dihebahkan kepada sesiapa yang sedang mencari perkerjaan.. At least dapat jugak duit poketkan.. Bukan nya dia suh gi London pun.. dia akan tugaskan setiap pembanci dan penyelia dikawasan mereka sendiri... So details as below, sila-silalah apply sekiranya berminat :) .... Maju laaaa Malaysia untuk Keharmonian Rakyat...Hehe :D.. Kalau minat, nak borang kalu...email kat aku sofiahtc@gmail.com (nanti aku emailkan borang..pastu isi..pastu print..pastu sign )
BIL. | JAWATAN ANGGOTA SAMBILAN | TARIKH TUTUP PERMOHONAN | TEMPOH PERKHIDMATAN | GAJI HARIAN (BELUM TERMASUK ELAUN) |
1. | Penyelia | 30 April 2010 | 14 Jun hingga 10 Sept. 2010 | RM 52.37 sehari |
2. | Pembanci | 30 April 2010 | 28 Jun hingga 22 Ogos 2010 | RM 35.73 sehari |
1. PENYELIA
a) Kerakyatan : Warganegara Malaysia
b) Kelulusan Akademik dan Pengalaman : Lulus Sijil Tinggi
Pelajaran Malaysia (STPM)
atau kelayakan yang setaraf
dengannya.
ATAU
Pegawai yang sedang berkhidmat bagi kumpulan sokongan daripada Gred 27 hingga 39
ATAU
Pegawai yang sedang berkhidmat sekurang-kurang 8 tahun di dalam kumpulan sokongan daripada gred 17 hingga 26
c) Umur Minimum : 18 tahun pada tarikh
temu duga.
d) Bahasa : Berkebolehan bertutur dan
memahami bahasa yang paling luas digunakan di kawasan penyeliaannya.
e) Berkebiasaan dengan Kawasan : Seberapa boleh calon
hendaklah terdiri daripada mereka yang biasa dengan kawasan tempatan.
f) Pengangkutan : Keutamaan hendaklah diberi
kepada calon yang mempunyai kemudahan pengangkutan sendiri terutamanya bagi mereka yang ditugaskan di kawasan luar bandar.
g) Kematangan : Matang dan berkebolehan
melatih dan menyelia Pembanci di bawah jagaannya.
2. PEMBANCI
a) Kerakyatan : Warganegara Malaysia
b) Kelulusan Akademik dan Pengalaman : Lulus Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) atau kelayakan yang setaraf dengannya.
ATAU
Pegawai yang sedang berkhidmat bagi kumpulan sokongan daripada gred 17 hingga 26.
c) Umur Minimum : 18 tahun pada tarikh
temu duga.
d) Bahasa : Berkebolehan bertutur dan
memahami bahasa yang paling luas digunakan di kawasan bancian.
e) Berkebiasaan dengan Kawasan : Seberapa boleh
calon hendaklah dipilih daripada mereka yang biasa dengan kawasan tempatan.
f) Pengangkutan : Keutamaan hendaklah diberi
kepada calon yang mempunyai kemudahan pengangkutan sendiri terutama bagi mereka yang ditugaskan di kawasan luar bandar.
CARA MEMOHON
1. Borang permohonan boleh didapati dari;
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN
TINGKAT 19, WISMA KWSG
JALAN KG ATTAP
50514 KUALA LUMPUR.
( TEL : 03-2267 2403 / 05 / 20 / 40 )
ATAU
PEJABAT OPERASI JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
NO. 2A, TINGKAT 1, JALAN DIPLOMATIK 2/1
PRESINT 15
62050 PUTRAJAYA
( TEL: 03-8890 4540 / 41 )
2. Borang permohonan hendaklah dilengkapkan dengan dokumen berikut:-
a. Gambar berukuran pasport (lekatkan pada penjuru kanan Borang Permohonan);
b. 1 salinan kad pengenalan yang disahkan;
c. Salinan Diploma dan sijil-sijil persekolahan yang berkaitan yang disahkan;
3. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:-
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN
TINGKAT 19, WISMA KWSG
JALAN KG ATTAP
50514 KUALA LUMPUR.
( TEL : 03-2267 2403 / 05 / 20 / 40 , FAKS : 03-2274 5075)
ATAU
PEJABAT OPERASI JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
NO. 2A, TINGKAT 1, JALAN DIPLOMATIK 2/1
PRESINT 15
62050 PUTRAJAYA
( TEL: 03-8890 4540 / 41 , FAKS : 03-88924541)
4. Permohonan yang ditolak :
a. Tidak disertakan dokumen yang diperlukan dan tidak disahkan;
b. Tidak lengkap atau tidak terang;
c. Tidak ditandatangani;
CATATAN :
Hanya calon-calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk temu duga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga bulan temu duga diadakan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Sebarang pertanyaan.. Korang bley tanyer officer2 kat bawah nih kay :-
i. Puan Faridah Hanim - 03-22672403
ii. En. Rushdi - 03-22672440
iii. En. Mohd Azahar - 03-22672420
iv. Pn. Jacquiline - 03-22672405


