Mar 3, 2010

Gunung Ledang Waterfall (Tangkak, Johor)

Hari nih aku nak cerita pasal air terjun di kaki gunung ledang. Kawan-kawan aku gi baru2 nih..memang best giler. So jom kita share serba sedikit ttg tempat neyh..maner la tahu ader yang berhajat dihati nak pegi. So untuk completekan cerita perjalanan nih..aku cilok beberapa picture dr kawan2 aku yang pegi and dr website yang berkaitan. Nanti aku kasik link, bley laa korang survey pulok.. Moh kiter..TERJAH!!

Introduction : Gunung Ledang yang sememangnya terkenal dengan kisah lagendanya terletak kira-kira 20km dari Pekan Sungai Mati. Kisah Puteri Gunung Ledang yang banyak mengungkap kisah-kisah misteri di Gunung yang tertinggi di Johor ini. Korang kalo nak gi pakai public transport pun buleh..tp nanti korang terpaksa lah menapak dr jalan besar tuh ke dalam..stamina kuat tarak hal.. tp dinasihatkan naik laa kereta ke..van ke..motor ke..basikal pun bulehh... :). Oyer nak masuk tu kena bayar untuk orang dan kenderaan. If tak silap seorang RM2 dan RM5 untuk sebuah kereta.

Waterfall : Nak ke air terjun nih..sapa2 pun bley terjah tapi if nak naik tinggi sket rase nyer yang veteran  (50++) tuh dok lepak kat bawah jer yang terbayekk... kat kaki gunung tuh pun ader air terjun jugak..sesuai untuk BBQ, perkhemahan dan aktiviti kekeluargaan atau persatuan2 neyh. Siap ader cam dataran luas lagik untuk aktiviti tu seme. Nak naik ke atas tuh kena mendaki, ada trail walk disediakan tp if tersimpang ader jugak kena jalan dekat akar2 pokok besar..selit kaki sana sini..keluar peluh minyak..Bley dikatakan turun jugak laa berat badan :). If nak buat perkhemahan or pendakian kat sini, kena lapor kat kaunter yang disediakan dulu. Daftar nama semua, lepas tu baru ley proceed. Kang ilang kang saper nak tahu dak?? Ish kita doa2 yang terbaik sajer.. Majlis Daerah Tangkak mengatakan bahawa air dari air terjun boleh diminum especially kat area tapak perkhemahan Gua Kambing dan Kolam Puteri. Tinggi tempat nih if nak didaki sampai ke puncak. Banyak  persinggahan and setiap persinggahan ader nama tersendiri. Kalo korang tak cayer stesen KFC pun ader tau kat Gunung Ledang nih.. BBQ nih aku tak sure sgt, sb dikatakan ada papan tanda yang menyatakan takley pasang unggun api..tapi member2 aku nih selamber jerks buat bbq atas sana. So may be boley kot..jgn sampai terbakar hutan sudah..

 
Oyer kat sini dikatakan banyak sgt ikan sungai..so sapa2 rase nak testing skill sauk menyauk.. terkam menerkam..target menarget..sila2 lah jugak.. Tengok dr gambar di atas bersama model :) mmg manyak ikan kan huhu.. Enjoy ler sangat hehehe.. Balik jer dr situ semua masih sehat-sehat belaka. Esoknyer separuh darinyer mengeluh sakit badan and sengal2 otot...aheheh al-maklum laa jarang bersukan ekstrem macam nih..kan kan..

Penginapan : Ader lah chalet dan resort disediakan untuk pengunjung yang nak lepak2 kat sini. Aku tolong lah promote2 kan sikit. Untuk bantuan kawan-kawan sapa2 yang nak pegi daki gunung ke..berkhemah ke..bawak anak2 mandi ke..famili ke..bawak awek or boifren mandi ke...sila2 lah... Aku letak dua jeks penginapan yang aku ada.

Gunung Ledang Resort Sdn Bhd
No Tel : 06 - 9772888 / 9773888
Sri Ledang Hotel
No Tel : 06-9181066

If korang berminat nak tahu lebey lanjut segala procedure or tempat2 lain yang menarik di area kaki gunung ledang nih, korang bley refer kat link nih Majlis Daerah Tangkak . So akhir kata terima kasih pada Prince and Princess Nazsha and Cik Vampire yang menyumbang gambar-gambar yang menarik dan tak luper jugak pada web Majlis Daerah Tangkak yang memberi sedikit information yang buleh aku cilok. Selamat Cuti-Cuti Malaysia..

0 comments:

Post a Comment